dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Kubu Gajah, Perak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program MADANI Rakyat Zon Utara

14 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Program MADANI Rakyat ialah satu inisiatif kerajaan Malaysia di bawah kerangka Malaysia MADANI yang dianjurkan untuk mendekatkan perkhidmatan kerajaan dengan rakyat secara terus di peringkat negeri dan daerah. Program ini biasanya berbentuk karnival perkhidmatan kerajaan, di mana pelbagai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan swasta akan membuka booth atau kaunter untuk menawarkan perkhidmatan, maklumat, bantuan, dan pameran kepada orang ramai.

Beberapa NADI Perak telah terpilih untuk membuka booth NADI sekaligus mempromosikan segala aktiviti yang ditawarkan di NADI seluruh Malaysia. NADI Pekan Kubu Gajah telah terpilih bagi menyertai program ini. NADI Pekan Kubu Gajah telah menjalankan aktiviti NADI Wellbeing iaitu saringan kesihatan untuk menyemak bacaan tekanan darah, bacaan gula dan bacaan kolestrol kepada pengunjung yang hadir ke booth NADI pada hari tersebut dan pendaftaran ahli NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.